saat aku mula menaip entry ini. aku telah kehilangan nenek yang sangat dikasihi. satu2nya ialah yang terakhir . aku dah takda nenek dan juga atok..
Di satu pagi yang tenang.. sedang aku selesai membasuh pakaian sambil menonton televisyen. aku telah dikejutkan dengan paanggilan yg tak dijangka.. it was from my father..
di suruh aku segera balik ke rumah tok yang jaraknya lebih kurang 12 Km . beliau cakap yang tok aku sedang sakit. aku pun masih sukar percaya kerana tok memang tak pernah sakit teruk. setakat demam tuh biasalah. seperti diduga.. sakit tok kali ni bukan sakit demam biasa..
sesampai sahaja aku di perkarangan rumah tok, sedikit terkejut melihat perubahan yang telah berlaku di rumah tok itu.. rumah tok sedang di renovate. nampak benar yang aku setahun sekali pergi ke rumahnya..
terus aku meluru ke bahagaian dapur. sangat aku terkejut dan tertanya .. kenapa tok di tutup sepenuh badan?/
terlihat aku di situ akan sepupuku dan mak ngah serta makcik ku di satu sudut yg lain. tengah bersedih dan sambil mengalirkan air mata. kulihat abahku , sibuk membuat pannggilan ke sana sini. sunnguh tak ku duga, betullah tekaanku.. Tok telah kembali kerahmatullah.! terus kurasakan dadaku sebak dan menggunung penyesalan yang tiada ertinya kerana tidak menjadi seorang cucu yg baik serta berdosa sangat mengenangkan dosa yang telah kulakukan..
disebabkan rumah tok yg sedang direnovate dan dapur tidak mampu menampung pengunjung yang datang menziarah maka jasad tok telah dipindahkan ke rumah sebelah yang mana ianya adalah juga rumah adik tok aku(allahyarhamah) sebelum beliau.
saat aku mula menyentuh jasad tok yang tidak bernyawa itu. kurasakan tersangangat lembut kulit dan isinya.. terasa macam boleh terkoyak. memang sangat lembut. apabila diangkat! jasad tok kurasakan memang berat.. memang berat.. terpaksa diangkat oleh empat @ lima orang kami. kalau logik , kita boleh mengangkat manusia lain seorang diri. aku bertanyakan akan hal itu kepada mak dan mak mengiyakan sahaja memang mayat akan jadi berat. sebabnya. wallahuallam..
sementara pengunjung yang datang menziarah silih berganti dan sambil menunggu anak cucunya yang jauah untuk pulng menemui tok buat kali terkahir. maka persiapan jenzah turut dilakukan. mencari orang mandi, daun2 bunga2 rampai. dan kelengkapan pengirisan jenazaah. aku duduk di satu sudut halaman. kebetulan ada pakcik2 yang entah darimana.. mungkin mengenali abahaku ..
terus mood aku jadi berubah apabila kumpulan pakcik itu seakaan sedang mengumpat akan abahku. mungkin mengatakan yang abahku ni bla2 tak tahu uruskan jenzah. tak dinafikan. mmng abahku agak sedikit jahil bab2 agama. tapi org kampng tak patut kata mengumpat apabila di rumah kematian.
tanpa kuhiraukan mulout longkang itu , (mgkin kerna terbiasa cacian dan umpatan) terus aku jeling setajamnya ke pakcik itu sampai terkesima berhenti mengumpat dan ku pergi ke sudut lain dirumah tok aku..
jam 4.00 aku mengambil adik aku yang berada di sekolah sains itu kerna mama kata dia tak boleh amik adik sebab ada exam papaer math kul 2-4. terus aku memecut ke masjid kerana mama kata jasad tok dah di bawa ke masjid. sejurus solat asar maka kami solat jenazah pula.
sesudah ituh , jasad tok dibawa ke belakang tanah perkuburan yang baru digali oleh backhoe.. dan arwah disemadikan di satu lot yang telah tersedia ituh..
seinci perinci tanah dimasukkan dan terus mereke gigih menimbus keranda tok aku di dalam tanah sehingga permukaan tanah diratakan.
pak imam membacakan talkin dan kami membaca doa serta adik beradik serta sanak saudara mula meninggalkan tanah perkuburan.
ironiknya kisah hari ini , arwah tok pergi tanpa sakit yang panjang dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir. abang sulung abahku sempat berbual dgn tok aku sebelaum beliau pergi ke kebun. tok pergi tanpa disangka-sangka. kurasakan beliau sihat kerana tidak pernah sakit teruk sebelum ni dan umurnya juga 80+ sudah. ku pasrah dengan takdir yang ditentukan oleh-NYA.
semasa talkin dibacakan , pak imam berkta arwah pergi pada hari yang baik kerana hari ni hari khamis malam jumaat. serta tok memang mudah untuk pergi tanpa diduga..
rumah yg direnovatekan adlah khas dan khusus untuk tok di masa depannya supaya sakit demam dan mandinya nnti mudah ke tandas., namun , tok tak sempat rasa semua itu.
terharu sanak saudara yang jauh turut turun ke Perlis. bahagia walaupun letih mlam ni boleh bersembang dan bertanya kabar,,
SAYA SAYANG TOK! Jahara,,
nnti saya cri gmbar arwah . tak sempat nak upload balik lewat.
ALFATIHAH!
No comments:
Post a Comment