Friday, February 25, 2011

Bodoh punya student....

Salam Blogger..,

kan last week ada aku pissed of ttg benda yang memarahkan aku..

NAh! now see it.. dah masuk Metro dgn Utusan Melayu sudah...

VAVIS sangat pasal kes ni peraturan makin Ketat!! Shit...

dulu leh aku kuaq study lewat2 malam kat kafe but now dah tak boleh.....

Semuanya pasal kes Rogol lah yang berlaku dekat Universiti aku...

nah bacalah.. kalau Korang bloggrs jumpa.. jangan lupa pi repot dekat polis!

H Metro...


Tujuh siswa iblis

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.

Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.

Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.


“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.


Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.


Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.


“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.


Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.

Utusan Melayu

2 penuntut IPTA dicari bantu siasatan kes rogol

SUPRITENDAN Mohd. Nashir Ya (kanan) menunjukkan gambar-gambar lelaki yang dicari bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah, selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar, semalam.

KANGAR 25 Feb. - Polis mencari dua penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan dari IPTA yang sama di sini pada 15 Februari lalu.

Kedua-dua mereka ialah Muhammad Naim Mohd. Kamaruzzaman, 19, dari Kampung Banggol Kemian Paloh Rawa, Machang, Kelantan dan Ahmad Amirul Amin Rosely, 19, dari Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, mereka adalah antara tujuh pelajar dari dua IPTA di negeri ini yang dipercayai mengetahui kejadian kes rogol pelajar perempuan yang juga merupakan rakan mereka.

"Polis telah menemui lima daripada pelajar itu pada 19 Februari lalu. Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan sehingga Isnin depan namun dua pelajar lagi telah menghilangkan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua pelajar berkenaan dalam lingkungan umur yang sama dipercayai mengetahui kejadian itu di sebuah rumah sewa di Taman Sri Mawar, Arau.

Mangsa, katanya, kini dalam keadaan trauma namun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sehubungan itu beliau meminta kedua-dua pelajar berkenaan supaya hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Supritendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-5203977.

Sementara itu beliau berkata, polis sedang mengesan dua lelaki, salah seorang daripadanya merupakan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkat Leftenan, bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan menyeludup kenderaan ke negara jiran.

Mohd. Nashir berkata, Mohd. Saidi Man, 44, dari Lot 41, Kampung Tersusun Batu 20 1/2, Jalan Padang Besar Utara dan Mariswandy Mohamad, 32, dari No. 2 Lorong 2 Rancangan Perumahan Awam (RPA), Chuping dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes curi dan seludup kereta import.

"Kedua-dua lelaki itu juga dipercayai turut terlibat dalam kes curi kenderaan antaranya jenis Toyota dan Honda di Lembah Kelang," katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, polis juga sedang mengesan seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayor, Kaki Bukit untuk membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan parah pada Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohd. Nashir meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar, Asisten Supritendan Khaizam Shahabudin di talian 019-6787474.

Hamik ko....

Saturday, February 19, 2011

Unexpected

Salam Blogger..

hish.. macam2 hal lah yang berlaku minggu ni..

dan aku lak nampaknya minggu ni akan sibuk lagi.. mana taknyer... 4 test akan menyusul dalam minggu ni..

dahlah tak sempat nak kaver semua chapter lagi..

mana dengan masalah lah dengan masalah study kat sini..

ok.. agak terejut recently,, mengapa?

yalah ada tolo2 dalam Uni aku ni dah buat Onar...

yalah.. it a huge and big case sampai kena campur tangan polis..

Damnit! kenapa why does this happen..

i just Dont care about that shit yang nak leingkup ker or jahanam..

but , once you all dah buat case nnty semua orang kena tanggu akibatnya,,.

nanty semua kebebsana dan peratiuran akan menjadi lebih padat dan mengongkong..

i just dont wanna that just a happen.. Because all of you guys dah buat hal,.. nannty semua kena tanggung akibatnya.

these matter is not known by wholy of our uni but the news will be getting spread over and over time..

tak nak cakap kes ni pasal apa. just want to share the unesy feeling here.

Oh ya.. miggu ni akan jadi minggu yag strees dengan segala exam..

dan juga pasal Naza Citra Crap car yang entha kenapa2 tetba rosak..

semua nak kena pikir dan semua kena pakai duit..

oklah..

nnnty lebih banyak lak aku mnagrut..

cuma minggu nih strees sikit ja..

sorry ya kalau ada spa2 yang terasa..

Monday, February 14, 2011

blames naza's for selling us shit and low quality car.

salam blogger.
Just wanna share just these day have a terrible nigghtmare with naza brand car espcially naza citra. What can i say to u theu sell low class of qualiyy car where as i can say not valueble, dah lah my mum baru beli ja tak sampai dua tahun. Last2 ntah ape kekadah yang rosak, sorry to say that 4 those who has anything with naza nut. But, mum naza citra ntah kenap x leh start. Shit sangat. Dahcheck. Bukan masalah batery but the shit computer inside the naza citra neeed to be check. Dahlah no naza specialist kat perlis ni. Tak pasal2 nak kena hangkut p kedah lak p sc. Shit naza.! Blame you selling us this shiy car...... Naza citra,.


* sory teremo entry kali ni.. Kesian kat mak nak kena pakai banyak duit . Bazirkan buat kereta yang baru beli tapi dah rosak.